top of page
Agriculture Drone
20114036-81df-4f75-ba36-195ec9ff25b4.jfif
6298597f66403.webp
  • Writer's pictureSulaiman Osman

Canva - Aplikasi Grafik dan Komunikasi Visual

Aplikasi Canva sangat popular di kalangan peniaga online eUsahawan yang dibawakan oleh MDEC pada 2016. Sebut sahaja desain grafik semua orang tahu mengenai Canva.


Malahan tokoh pemasaran digital terkenal Neil Patel turut mengesyorkan pengguna Canva untuk membina visual konten dengan mudah dan cepat.


Canva mempunyai lebih 75 juta pengguna di lebih 190 negara. Ianya tersenarai sebagai sebuah syarikat grafik nombor satu pada 2022 dan merupakan syarikat ke-10 paling inovatif di dunia. Canva diasaskan oleh Melanie Perkins, seorang usahawan teknologi Australia.


Dengan aplikasi ini segala kerja - kerja desain grafik media sosial dalam dibuat dengan sangat mudah dan cepat. Dengan templatenya cantik dan fresh apa saja format yang anda ingin bina semuanya tersedia terpulang kepada kreativtiti pengguna aplikasi ini.


Aplikasi ini sentiasa dikemaskini terutamanya untuk pembinaan imej, video dan text effect.


Sehingga kini pelbagai fungsi tersedia termasuk membina laman web, presentation seperti powerpoint, membina video tutorial, membuat persembahan live dan bermacam - macam lagi bentuk komunikasi visual.


Kursus Canva dan Komunikasi visual disusun kepada individu atau syarikat selama 2 hari di bawah SBL Khas HRDF bagi mendedahkan kepada peserta bagaimana mencari idea dan membina konten atau bahan promosi di media sosial dengan mudah dan cepat.


Aplikasi ini didatangkan dengan percuma dan anda boleh juga menggunakan versi berbayar iaitu Canva Pro dengan ratusan templat dan elemen grafik untuk percubaan selama 30 hari.




3 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page