Menurut blog Pengurus Media Sosial, Selangor Freelance merupakan salah satu inisiatif Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) yang dilaksanakan bersama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang fleksibel dan pendapatan tambahan untuk rakyat Selangor.
Program Selangor Freelance ini memberi peluang bagi pekerja bebas mengetengahkan kemahiran mereka di bawah Digital Gig Economy serta mampu mengurangkan peratusan pengangguran di Selangor.
Program ini juga meningkatkan bakat dan kemahiran golongan berkenaan serta memberi kebebasan kepada individu menjalani pekerjaan secara kontrak tanpa perlu digajikan sepenuh masa. Didalam insiatif ini, Workana merupakan sebuah platform freelancing yang akan menawarkan sebanyak lima ribu (5000) peluang latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerjaan bebas digital.
Workana ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan salah satu platform freelance pertama di Latin America yang juga pernah berkolaborasi dalam Program eRezeki.
Terdapat lapan sektor pekerjaan yang terlibat dalam program Selangor Freelance iaitu:
IT dan Pengaturcaraan
Reka bentuk dan Multimedia
Penulisan dan Penterjemahan
Jualan dan Pemasaran
Sokongan Pentadbiran
Penasihat undang-undang
Kewangan dan Pengurusan
Kejuruteraan dan Pembuatan
Pengurus Media Sosial adalah kerjaya baharu yang mampu mengisi senarai pekerjaan bebas kepada rakyat Selangor bagi menyediakan servis mengendalikan media sosial klien dari rumah. Kami menyediakan kusus intensif bagaimana anda boleh menjadi pekerja bebas sebagai Pengurus Media Sosial.
Comments