top of page
Agriculture Drone
20114036-81df-4f75-ba36-195ec9ff25b4.jfif
6298597f66403.webp
  • Writer's pictureSulaiman Osman

Pengendalian Dron Sebagai Skil Masa Depan

Updated: Jul 17, 2023

Baru - baru ini Perdana Menteri Malaysia mengumumkan Pelan Tindakan Teknologi Dron 2022-2030 (MDTAP30) akan dibangunkan bagi menyokong kepada industri dron yang berpotensi kepada pendapatan rakyat dan negara.


Aplikasi dron kini semakin luas digunakan untuk memudahkan kerja - kerja tradisional kita dengan lebih selamat dan kos efektif. Antara aplikasi yang digunakan adalah kerja - kerja pemetaan, pemantauan aset, pemeriksaan bangunan, kewartawanan dan lain - lain lagi.


Dalam aspek pekerjaan contohnya seorang Pegawai Kesihatan Keselamatan (SHO) mungkin memerlukan dron untuk membantu kerja - kerja pemantauan keselamatan di tapak pembinaan kawasan.


Seorang Pengurus Bangunan boleh menggunakan dron untuk membuat pemeriksaan bulanan di kawasan perumahan atau mengambil foto atau video aerial untuk pemeriksaan pagar, bumbung atau mana - mana bahagian bangunan yang sukar untuk diakses.


Lagi contoh terakhir kepada pihak pemberita atau wartawan yang terpaksa mendapatkan berita awal di tapak - tapak kejadian mungkin memerlukan bantuan dron untuk gambaran dari sisi - sisi tertentu dan ianya boleh mengurangkan risiko keselamatan.


Kesemua mereka mempunyai persijilan tertentu untuk melaksanakan tugas hakiki mereka namun sekiranya kemahiran ke dua di dalam pengendalian dron maka ianya merupakan satu tambah nilai kepada pekerjaan mereka.


Majikan atau pekerja itu sendiri harus melabur di dalam skil pengendalian dron sebagai skil tambahan kerana dron kini adalah alat kerja yang dapat meningkatkan produktiviti.


D5 Techdrones Services merupakan Penyedia Latihan HRDF yang menyediakan kursus Pengendalian Dron sebagai menyahut iniasiatif kerajaan dalam pembangunan bakat. Jurulatih penyedia latihan ini adalah dari remote pilot yang kompeten dan diiktirafkan oleh pihak CAAM dan SKM JPK.




6 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page